assalamualaikum
dah lama tak menulis. aku dapat idea apa kelebihan menulis ni. tak kisahlah diari dalam buku atau apa. kalo kita menulis, kita menurunkan tekanan kita dalam tulisan tu. kalo kita menulis kisah hidup kita yang bermasalah, secara tak langsung kita kenal pasti masalah itu dan nanti kita akan cari penyelesaian.
bila aku lama tak menulis, aku memendam problem aku dan ia menjadi jeruk dalam diri. jeruk rasanya masam, maka muka aku bertambah masam memikirkan masalah yang tak sempat dianalisa.muka yang masam biasanya akan menambahkan masalah dan bukan meringankan. in my case, kawan-kawan aku rasanya kurang selesa dengan mimik muka aku.
alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga duit lepas lama menunggu. selepas lama tak ada duit, aku belajar banyak perkara. aku merasai banyak perasaan. aku jadi lebih memahami. aku jadi lebih bersyukur. tak kurang juga, aku kenal mana kawan yang membantu dan mana kawan yang langsung tak faham.in the negative way, aku kadang-kadang jadi pendiam, kurang semangat dan tak boleh nak memasang 'plan' untuk dekati adik-adik. ha..ha..
pada hari pertama dapat duit, aku rasa sangat bersyukur dan membelanja beberapa orang kawan.aku mesej kakak-kakak yang banyak tolong aku waktu aku tak ada duit. kak oli and kak emah. maka aku menjadi menyesal kadang-kadang kerana telah agak lama juga aku hilang rasa 'adik-beradik ' dengan mereka. mesej kak emah yang aku masih simpan sampai sekarang "everytime i beli mknn, slalu rsau u xda $ nak beli makn.sori if slama ni abandon u..i lom dpt pt..dh masuk nnti i nk msukkn $ kt u. skrg ada $ ke nk mkn?"
itulah kakak aku. walaupun perangainya gila-gila, aku tahu dia memahami.
aku jadi tak semangat nak handle group. aku jadi 'blur' kadang-kadang kenapa aku buat semua ni. aku sekarang dalam proses baca syarah usul 20 . semoga aku akan faham nanti. semoga aku tambah yakin nanti.
baru-baru ni, aku baca buku isa kamari. tajuknya 'memeluk gerhana'.aku paling suka part yang last. aku dapat faham certain part kerana kadang-kadang aku juga berasa di posisi yang sama.aku juga suka kata-katanya:
'hendaklah kau jadi orang yang besar, yang mempunyai cinta yang besar. jika tidak kau akan jadi pencinta yang rendah. kau akan jadi pencium bumi'.
dan aku suka kata-kata ini jugak:
"sewaktu kanak-kanak, kita merasa dengan kaki dan tangan. habis luka-luka jika jatuh dan tersadung. bila remaja, kita merasa dengan hati dan akal. habis luka-luka jika kita tersilap langkah. sudah dewasa nanti bagaimana pula?"
hmm..setiap orang banyak ceritanya. selagi dia duduk atas dunia, ceritanya terus menerus. aku jadi kagum dengan mak. sudah 59 tahun dia hidup atas dunia. harungi suka dan duka. aku rasa kisah dukanya lebih panjang lagi. harungi hidup seorang diri dengan 7 puteri bukanlah mudah. fitnah, ekonomi tak payah cakaplah. boleh jadi, aku boleh 'compile'kan kisah mak nanti. mungkin boleh jadi buku motivasi. kalo bukan kepada orang lain, mungkin boleh jadi pemetik api semangat kami adik beradik jika hampir lupa diri...
aku jadi pemarah sikit sekarang. cepat saja 'melatah'jika ditegur. merungut didalam hati jika rasa diri 'dibebel'. ahh...kalo ditilik 'borang mutabaah' aku, dah lama aku tak tahajud. puasa sunat pun tak sekerap dulu. kadang-kadang benda yang kita tak nampak, sebenarnya bagi kesan kepada diri. jarang-jarang sekali aku fikir tentang apa yang aku buat seharian bila sudah di katil.
tapi, aku makin ingat dengan mak dan arwah abah dalam doakau. semoga mak diberi ketenangan dalam 'hangat'nya rumah krisis kak long dan adik. moga roh abah tenang dan diampunkan dosa, dikurangkan seksa kuburnya. akulah 'rantai' penyambung yang dapat bantu abah.ya..aku dan adik-beradikku yang lain.
di akhir kata, aku ingin ucapkan 'mabruk' to one of my best friend yang bakal jadi pengantin baru. tak sampai sebulan pun lagi.