Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Tuesday, May 6, 2008

i want to go home...


nak balik nak balik nak balik. aku bukan part time muslim. aku full time muslim. ingat tu... nak balik nak balik....huhuhuhu... aku nak balik....

Wednesday, April 30, 2008

'unfinish business'


kak emah kata, "tak de sapa nak baca". jawapan die bila aku bagitau aku ada blog peribadi. aku sengih saja dengar jawapan tu.. memang tak ada orang baca. tapi, aku menulis lebih untuk kepuasan diri.menulis memberi aku peluang untuk menilai dan berhenti sejenak. bila kita 'view' blog, lihat hasil yang kita taip akan rasa puas. biarlah tak ada orang baca pun.

'yan papa'. cerita jepun mengenai seorang ayah tiri muda yang terpaksa jaga anak-anak tiri. dari sudut negatif: ya, buang masa saja. sepuluh jam aku melangut depan komputer. dari sudut positif: ehm..bolehlah kalo kita tengok betul-betul. ada beberapa peribahasa jepun yang aku belajar dari cerita ni. satu, "action is better than thinking". dua" take step by step action". banyak lagi, tapi aku tak take note. dah nak habis , baru aku sedar peribahasa jepun agak menarik.

dan lagi. jepun terkenal dengan 'workholic'nya. tapi, kadang-kadang sampai terbiar sikit anak-anak. ahh... dah lupa.

sabtu ni, inshaAllah aku dengan Aisyah akan gi KONSIS di anjung rahmat.dan..ah tukar topik sekejap. seorang adik usroh 'memeseji' aku ketika aku sibuk buat slide presentation untuk viva. "akak, kenapa saya rasa tak bersemangat untuk berkarisma?" dan jawapan aku..(actually, aku pun sebenarnya tengah down...)ya..bagitahu saja bahawa aku pun tak bersemangat. tapi aku juga jadi 'tak betul' bila tidak aktif. aku pun teringat kembali prinsip 6 dari PS thinking. "when u have energy, u need to move"bila kita tidak bergerak( ber'amal dan menyampaikan dalam usroh atau etc) maka akan jadi beku dan jumud. kononnya kitalah yang baik....kita jadi malas dan akan jadi lebih teruk dariapada orang yang tidak mendapat tarbiah..

"unfinished business".ketidak puasan yang wujud bila kita sedar bahawa kita tidak buat apa yang sepatutnya kita buat.... tak puas hati atau mungkin juga rasa bersalah.

kak Ha akan jadi ' guard' kat smk bakai start from tomorrow. aku riso kalao dia kerja malam. ah, teruk betul. aku tidak menjalankan tugas dengan baik. kakak aku yang sulung tu telah banyak berkorban demi adik-adik. tapi, aku pula tidak bersemangat untuk belajar. aku tahu, aku akan menanggung kesan daripada kesalahan aku ini nanti.

4hb ni, abang mi (abang ipar aku yang no 3) akan amik barang-barang aku dari nilai. selepas ni, aku tidak lagi bergelar pelajar USIM. yes, "unfinish business" rasa dada aku berat sebab aku tak 'push myself'betul-betul sepanjang belajar di sini. teruk betul aku ni, tak rasa kasihan pun pada orang yang banyak berkorban dibelakang aku. tuhan, aku patut buat apa???

mungkinkah aku ada 'inferior' diri yang tinggi? aku sangat takut untuk berdepan dengan dunia pekerjaan. balik nanti, mungkin aku akan tolong mak aku kat kebun getah dulu. pastu, sambil-sambil tu tunggu result untuk permohonan guru sandaran. ya, dapat kat borneo pun bagus juga. tapi, aku sayang nak tinggalkan mak.gooshhh...mak aku dah berusia 60 tahun, aku nak berbakti dan bersama dia betul-betul. aku nak kenal mak aku betul-betul. aku nak belajar 'rahsia ketabahan' dari mak aku. mak aku, yang kematian suami 13 tahun yang lalu. membesarkan 7 orang anak perempuan seorang diri (4 orang masih belajar). melupakan istilah 'kahwin lain'. menjadi mangsa fitnah pada orang yang dengki. mak aku, yang sabar dengan anak-anak...

aku teringin duduk di rumah. bersama mak dan belajar hidup dengannya sebagai seorang yang dewasa(bukan lagi kanak-kanak). aku nak tido dengan mak. sama-sama mengaji dengan mak di pondok-pondok di hujung minggu. menggirangkan hati mak ketika dia sunyi...

Wednesday, March 12, 2008

biar diri aku sebati

Biar diri aku sebati
Dengan sejuknya cara hidup Islami
Biar hati bergetar
Menahan rasa beratnya melalui jalan ini
Di akhir-akhir ini

Kuatlah hati..kuatlah hati
Tiada lain..tiada lain
Inilah hidupmu
Bongkah inilah yang harus kau langkah

Tiada alasan
Berderaplah ke medan jihad
Dengan hati nan suci

Inilah jalanmu
Harus apa lagi aku buat jika bukan ini

Jangan takut dan mengundur
Biar aku gugur dan mati terus
Biar perasaan hancur luluh
Asal dapat kuselami dan kenalNya
susuri jalan menujuNya

Wahai diri
Bukan seorang diri
Disini ada keluarga, saudara seakidah dan sedarah
Bukan hidup sendiri

Sunday, March 9, 2008

aku mengundi (dah besar rupanya aku, hoho..)

first time ngundi. balik ke kampung. kata kak Ha, "baliklah cepat. mak beria-ia ajak kak.Ha berkempen sekali, tapi kak.Ha kan malas sedikit, kalau mu kelik, mesti mak senang hati."aku tergelak di hujung telefon.

benar. jalan menuju kampung penuh dengan poster sepanjang jalan.ada kata-kata pantun, bendera yang dibuat pelbagai bentuk. memang kreatif.

malam tu, aku ikut mak ke surau. baca yasin. kebetulan malam jumaat. kemudian ada makan-makan sambil dengar ceramah di markas tepi surau. kebanyakan sangat bersungguh. che Yub (imam kampung aku) puasa sunat hari Khamis. bantuan dipohon sepenuhnya.

esok, aku ke surau lagi. setiap hari Jumaat, ada kuliah macam-macam. tapi hari ni ngaji sikit saja. Tok guru jemputan berkempen sedikit di hujung majlis. kemudian, makan kuih, cucur yang dibawa oleh setiap yang datang. aku nak berbakti jugak, jadi membasuh pinggan dan cawan yang ditinggalkan.aku kemudian ke pekan jumaat (pekan sehari). kelihatan beberapa pemuda mengelek risalah ditangan, bermuka manis dan memberi pada orang awam.

esoknya (8 mac). hari bersejarah.aku mengundi jam 11 pagi. meriah. tapi kelihatan suasana meriah tu hanya dikuasai satu pihak.jam 6 petang ketika aku melalui sekolah tempat mengundi, orang lelaki penuh di sepanjang jalan. mereka tunggu keputusan undi untuk tempat aku rasanya. hujan renyai-renyai tak mereka endahkan.

jam 12 malam (8 mac). keputusan PRU dah keluar. tapi, mana keputusan kedahnya? di jalan, deruan motor berkonvoi. kami tunggu lagi. mak yang gelisah mengambil wudhuk, memakai telekung dan solat hajat (barangkali). sambung lagi dengan bacaan yasin. jam 3 pagi, barulah banyak result yang keluar.

7 am, 9mac. terkocoh bangun solat subuh. gerakkan yang lain, liat sekali bangunnya.ahh, sama saja kalo sapa pun yang perintah kalo subuh tak mahu juga bangun.

2.52 pm, 10 mac. secara jujur, aku gembira dengan keputusan PRU kali ini, tapi ada juga gelisah bertangkai di hati.

Tuesday, February 26, 2008

puisi PS



Ini..
Bukan lari pecut 100m
Bukan lari berganti-ganti
Ini…
Larian jarak jauh..
Merentas desa
Marathon ….

Larian jarak jauh bagi aku lebih memenatkan. Ketahanan sangat perlu. Tak perlu berlari pecut pada awalnya kerana akan buat kita letih, mengah dan putus asa di tengah perjalanan. Larian jarak jauh ini perlukan lari dengan kadar sederhana, “maintain” atau istiqamah. Larian ini , tiada masa untuk kita berehat. Tidak boleh kita berhenti dan diganti dengan orang lain. Bukan di sini rehatnya. Rehatnya adalah seteleh kita melepasi garisan penamat.

Penat. Memang penat. Bagi aku lebih penat untuk melawan syahwah dalam diri daripada berdemonstrasi di jalanan. Inilah jihad yang sebenarnya. Jihad yang paling sengit.

Aku memang penat dengan jalan ini. Aku cemburu dengan mereka yang dapat istiqamah dalam jalan ini.

Thursday, February 21, 2008

dugaan

bismillah..

dugaan ni kecil saja sebenarnya...banyak lagi orang lain yang hadapi dugaan lagi besar.. aku tak nampak jalan sekarang..adakah Allah sedang menggantikan kami dengan kumpulan yang lebih baik?adakah anugerah ini sudah ditarik balik???oh Tuhan...aku keliru sekarang. bantulah aku tuhan. ya Allah.

Tuesday, February 19, 2008

aku yang tabah..

sekarang kat library usim.siapkan report utk hntr ke perlis. komputer aku rosak. sedih.

jugak sedang cari roselle utk thesis. thesis aku ialah nak buat snack yang sihat utk umat manusia. roselle ada sejenis asid yang boleh mengurangkan berat badan. so, tak kisahlah nak makan banyak manapun. asid ini namanya HCA.

kak oli baru kawin dengan helmi. 16hb feb baru ni, kenduri di rumah husband dia kat pendang. aku sorang je tak leh balik. sedih jugak...

lagi?aku nak jadi sorang manusia yang tabah. nak berdikari (tak manja lagi) dan tak akan mudah 'give up'.

finally, jgn lupa berdoa untuk diri sendiri dan orang2 sekeliling.

Saturday, January 5, 2008

praktikal

assalamualaikum

sedang mencari journal untuk thesis. yup, thesis aku tak siap. aku harap dapat siapkan sebelum habis belajar. sekarang sedang praktikal di makmal kualiti makanan perlis. seronok. macam tak mau sambung belajar lagi dah. hahaha. meet many friends. ok. that's all. doakan supaya aku sentiasa berfikiran positif. i want to enjoy this short life.