Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Tuesday, February 26, 2008

puisi PS



Ini..
Bukan lari pecut 100m
Bukan lari berganti-ganti
Ini…
Larian jarak jauh..
Merentas desa
Marathon ….

Larian jarak jauh bagi aku lebih memenatkan. Ketahanan sangat perlu. Tak perlu berlari pecut pada awalnya kerana akan buat kita letih, mengah dan putus asa di tengah perjalanan. Larian jarak jauh ini perlukan lari dengan kadar sederhana, “maintain” atau istiqamah. Larian ini , tiada masa untuk kita berehat. Tidak boleh kita berhenti dan diganti dengan orang lain. Bukan di sini rehatnya. Rehatnya adalah seteleh kita melepasi garisan penamat.

Penat. Memang penat. Bagi aku lebih penat untuk melawan syahwah dalam diri daripada berdemonstrasi di jalanan. Inilah jihad yang sebenarnya. Jihad yang paling sengit.

Aku memang penat dengan jalan ini. Aku cemburu dengan mereka yang dapat istiqamah dalam jalan ini.

Thursday, February 21, 2008

dugaan

bismillah..

dugaan ni kecil saja sebenarnya...banyak lagi orang lain yang hadapi dugaan lagi besar.. aku tak nampak jalan sekarang..adakah Allah sedang menggantikan kami dengan kumpulan yang lebih baik?adakah anugerah ini sudah ditarik balik???oh Tuhan...aku keliru sekarang. bantulah aku tuhan. ya Allah.

Tuesday, February 19, 2008

aku yang tabah..

sekarang kat library usim.siapkan report utk hntr ke perlis. komputer aku rosak. sedih.

jugak sedang cari roselle utk thesis. thesis aku ialah nak buat snack yang sihat utk umat manusia. roselle ada sejenis asid yang boleh mengurangkan berat badan. so, tak kisahlah nak makan banyak manapun. asid ini namanya HCA.

kak oli baru kawin dengan helmi. 16hb feb baru ni, kenduri di rumah husband dia kat pendang. aku sorang je tak leh balik. sedih jugak...

lagi?aku nak jadi sorang manusia yang tabah. nak berdikari (tak manja lagi) dan tak akan mudah 'give up'.

finally, jgn lupa berdoa untuk diri sendiri dan orang2 sekeliling.