Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Tuesday, February 26, 2008

puisi PS



Ini..
Bukan lari pecut 100m
Bukan lari berganti-ganti
Ini…
Larian jarak jauh..
Merentas desa
Marathon ….

Larian jarak jauh bagi aku lebih memenatkan. Ketahanan sangat perlu. Tak perlu berlari pecut pada awalnya kerana akan buat kita letih, mengah dan putus asa di tengah perjalanan. Larian jarak jauh ini perlukan lari dengan kadar sederhana, “maintain” atau istiqamah. Larian ini , tiada masa untuk kita berehat. Tidak boleh kita berhenti dan diganti dengan orang lain. Bukan di sini rehatnya. Rehatnya adalah seteleh kita melepasi garisan penamat.

Penat. Memang penat. Bagi aku lebih penat untuk melawan syahwah dalam diri daripada berdemonstrasi di jalanan. Inilah jihad yang sebenarnya. Jihad yang paling sengit.

Aku memang penat dengan jalan ini. Aku cemburu dengan mereka yang dapat istiqamah dalam jalan ini.

No comments: