Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Wednesday, March 12, 2008

biar diri aku sebati

Biar diri aku sebati
Dengan sejuknya cara hidup Islami
Biar hati bergetar
Menahan rasa beratnya melalui jalan ini
Di akhir-akhir ini

Kuatlah hati..kuatlah hati
Tiada lain..tiada lain
Inilah hidupmu
Bongkah inilah yang harus kau langkah

Tiada alasan
Berderaplah ke medan jihad
Dengan hati nan suci

Inilah jalanmu
Harus apa lagi aku buat jika bukan ini

Jangan takut dan mengundur
Biar aku gugur dan mati terus
Biar perasaan hancur luluh
Asal dapat kuselami dan kenalNya
susuri jalan menujuNya

Wahai diri
Bukan seorang diri
Disini ada keluarga, saudara seakidah dan sedarah
Bukan hidup sendiri

Sunday, March 9, 2008

aku mengundi (dah besar rupanya aku, hoho..)

first time ngundi. balik ke kampung. kata kak Ha, "baliklah cepat. mak beria-ia ajak kak.Ha berkempen sekali, tapi kak.Ha kan malas sedikit, kalau mu kelik, mesti mak senang hati."aku tergelak di hujung telefon.

benar. jalan menuju kampung penuh dengan poster sepanjang jalan.ada kata-kata pantun, bendera yang dibuat pelbagai bentuk. memang kreatif.

malam tu, aku ikut mak ke surau. baca yasin. kebetulan malam jumaat. kemudian ada makan-makan sambil dengar ceramah di markas tepi surau. kebanyakan sangat bersungguh. che Yub (imam kampung aku) puasa sunat hari Khamis. bantuan dipohon sepenuhnya.

esok, aku ke surau lagi. setiap hari Jumaat, ada kuliah macam-macam. tapi hari ni ngaji sikit saja. Tok guru jemputan berkempen sedikit di hujung majlis. kemudian, makan kuih, cucur yang dibawa oleh setiap yang datang. aku nak berbakti jugak, jadi membasuh pinggan dan cawan yang ditinggalkan.aku kemudian ke pekan jumaat (pekan sehari). kelihatan beberapa pemuda mengelek risalah ditangan, bermuka manis dan memberi pada orang awam.

esoknya (8 mac). hari bersejarah.aku mengundi jam 11 pagi. meriah. tapi kelihatan suasana meriah tu hanya dikuasai satu pihak.jam 6 petang ketika aku melalui sekolah tempat mengundi, orang lelaki penuh di sepanjang jalan. mereka tunggu keputusan undi untuk tempat aku rasanya. hujan renyai-renyai tak mereka endahkan.

jam 12 malam (8 mac). keputusan PRU dah keluar. tapi, mana keputusan kedahnya? di jalan, deruan motor berkonvoi. kami tunggu lagi. mak yang gelisah mengambil wudhuk, memakai telekung dan solat hajat (barangkali). sambung lagi dengan bacaan yasin. jam 3 pagi, barulah banyak result yang keluar.

7 am, 9mac. terkocoh bangun solat subuh. gerakkan yang lain, liat sekali bangunnya.ahh, sama saja kalo sapa pun yang perintah kalo subuh tak mahu juga bangun.

2.52 pm, 10 mac. secara jujur, aku gembira dengan keputusan PRU kali ini, tapi ada juga gelisah bertangkai di hati.