Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Saturday, November 7, 2009

manusia dan matlamat

kawan aku si maryam jameela pernah menghantar satu mesej, katanya

"jika kita punya segalanya namun TAK ADA MATLAMAT, kita sebenarnya TAK PUNYA APA-APA."

aku baru tersentuh sekarang dengan mesej itu. dulu tak der rasa apa-apa pun. disambung lagi dengan satu mesej ringkas

" matlamat manusia adalah akhirat"

ya. matlamat kita adalah akhirat. so, sekarang nak buat apa-apa pun, kena fikir sampai akhirat kesan perbuatan tersebut(walaupun aku sering terlupa). dulu (dan sekarang pun) hidup aku jadi sedih-sedih jer bila terfikir mati. tapi sekarang aku terfikir juga bahawa mati adalah satu 'pintu' untuk dunia kekal yang satu lagi.

aku pun sekarang sedang mencari matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk hidup aku yang belum tahu noktahnya bila ini. juga sedang mencari idea dan menguatkan diri untuk mengamalkan ilmu yang aku ada dan memberi manfaat kepada manusia lain. semoga diberi kekuatan...

No comments: