Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Friday, September 24, 2010

Penggilap permata..


Kerja aku sebagai warden di sini tidaklah susah dari segi fizikal.Tapi ianya menuntut kesabaran yang maha tinggi kerana aku terpaksa berdepan dengan karenah kanak-kanak semuda 7 tahun hingga remaja 18 tahun. Jika warden itu luar biasa sabarnya, maka kerja ini sangat menarik dan boleh memotivasi diri kita sendiri. Jika warden itu adalah seorang da'e, maka ini adalah relung dakwah yang paling berpotensi. Kerana disini terdapat taburan batu-batu permata mentah, minta dicanai dan digilap.

Kesabaran aku sememangnya luar biasa..Ya, luar biasa nipisnya. Jadi berhadapan dengan mereka ini sering buat aku sesak nafas dan rasanya mahu terjun lombong jika ada lombong di asrama ini.Mengurus manusia rupanya sukar kerana mereka bukan robot yang tahu mengikut saja. Mereka ada perasaan ..sayang..benci..sedih.marah.Mereka adalah kanak-kanak yang inginkan perasaan dan kasih sayang, remaja yang mencari identiti diri dan erti kehidupan.

Tidak dapat tidak, aku perlu menjadi seorang "murobbi".Mendidik diri aku sendiri dan mendidik mereka. Mengembangkan potensi diri aku juga mengembangkan potensi mereka. Dan untuk menjaga hubungan aku dengan mereka, aku perlu menjaga hubungan aku dengan Allah Taala.Aku sudah lama sedar bahawa Pemberi Kekuatan yang Mutlak hanya Dia. Tanpa izin dan kekuatan dariNya, sudah pasti aku akan letih dan berhenti dari kerja ini.Sedangkan kerja ini kerja mulia....