Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Friday, November 12, 2010

tidak ketahuan..

aku tidak tahu mahu memulakan dari mana. kerja sebagai warden sungguh-sungguh mencabar.mencabar dari sudut ingin mengisi masa mereka, ingin mendisiplinkan mereka, ingin melihat mereka berubah.

yang sebenarnya, aku selalu rasa ingin berhenti.pertama, kerana sakit hati dengan perangai mereka. mentang-mentanglah aku ini warden perempuan dan seperti budak sekolah menengah saja layaknya, maka mereka seolah-olah tidak menghormati aku. aku bukan kepingin sangat dengan penghormatan mereka kerana aku sedar bahawa aku ini tidak sesempurna mana... tapi, entahlah..mungkin tekanan dari pihak atas dan karenah budak-budak bawah sering saja buat aku "despair and loose hope" (seperti lirik lagu maher zain). aku jadi berputus asa dan ingin menghentikan tekanan aku ini dengan berhenti...aku tidak layak dan jawatan ini bukan untuk aku.

mungkin dengan aku berhenti, tempat aku akan digantikan dengan orang yang lebih layak untuk menjadikan asrama dan pelajar-pelajar sekolah ini lebih baik dari yang ada sekarang..jika aku bertahan, maka aku akan menganiayai mereka kerana mereka tidak mendapat apa-apa.aku juga menganiayai diri aku sendiri kerana sering rasa tertekan hingga kesihatan aku terjejas.perlukah aku berhenti?

tika aku rasa ingin menangis, atau mengetap bibir atau rasa ingin mengherdik mereka,aku akan berhenti sekejap, atau tidur atau mentadabbur al-Qur'an. dan kadang-kadang, aku akan terjumpa beberapa ayat yang seolah-olah menyuruh aku bersabar...dan bertaqwa..dan berkata"janganlah bersikap lemah atau bersedih hati"...dan aku pun bertahan sebentar...

aku sebenarnya kasihan dan sayang dengan mereka ini. tapi mungkin kerana aku ini mudah marah atau mungkin teknik aku tak betul, maka keadaan sering jadi buruk..

No comments: