Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Thursday, November 18, 2010

yuks...muntah...

aku sedang makan burger ketika tangan menaip 'maria ***' dan 'cikgu ****' di internet.aku cuma mahu tahu, siapa dua karakter ini. kelmarin, ketika aku dan adik sedang meracik bahan untuk sup bagi kenduri korban , entah macam mana termasuk bab internet...kisah facebook, kisah remaja yang melayari laman web, kisah web porno yang tak bertapis dan macam-macam.

kata adik, "universiti husna sekat harakahdaily, malaysiakini jer..web-web lucah tak pulak disekat"

"ish..ish..sepatutnya benda-benda lucah ka, porno ka...kena la sekat..."

dia senyum sinis , "tapi kan kak oru, kadang-kadang word yang guna untuk cari laman web porno, tak semestinya guna word yang lucah-lucah tahu?"

"ohh..." aku ternganga sedikit...

"kadang-kadang sekolah sekat word yang namanya confirm lucah macam "bogel" ke "nude" ke, tapi sebenarnya word yang tak lucah lagi melampau kelucahannya"

"contoh?"

"type maria *** atau cikgu ****...errr..tak payahlah kak oru, kalo mu buka mesti menyesal"

dan hari ini, perasaan ingin tahu aku membuat aku menaip dua nama itu walaupun burger belum lagi habis dimakan..

MARIA ****...

CIKGU ****..

memang aku menyesal buka sebab aku dah tak ada selera makan burger selepas itu..huhuhu.teruk betul

No comments: