Sekarang aku berada di IAB atau Institut Aminudin Baki cawangan utara yang terletak di pekan Jitra, Kedah. Aku dan guru-guru lain check in jam 2.00 petang tadi. Agak terkejut juga kerana kami diberi seorang satu bilik. Melihat kepada bilik yang serba mewah ini, aku jadi agak ngeri. Rasa membazir pun ada. Katil kelamin, lengkap dengan peti ais, TV LCD, air cond. Ah..aku jadi ingat pada Kaynes Resort di Port Dickson yang aku huni selam 6 bulan dulu.
Perasaan ngeri itu kemudian aku tukar dengan rasa bersyukur. Yalah, kalau ngeri pun boleh buat apa?Rasa bersyukur harus dimanifestasikan dengan menghadam lumat maklumat yang bakal aku perolehi dalam kursus ini dan berfikir bagaimana untuk mengimplementasikannya di sekolah nanti..Semoga Allah memberi aku kefahaman.Amin
No comments:
Post a Comment