Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Monday, December 26, 2011

Khalid dan Umar

Kedua-dua pemimpin di atas adalah pemimpin yang aku tersentuh dengan kisah mereka.Umar Abd Aziz yang sering meronda-ronda pada waktu malam untuk melihat keadaan rakyat..Khalid Al-Walid pula Panglima Perang yang tidak terkesan walaupun diturunkan pangkat dalam satu peperangan. Tidak merajuk, murung, sedih atau marah dengan penurunan jawatan itu. Malahan terus berjuang walaupun sebagai orang bawahan. Katanya, "aku berperang kerana Allah, bukan kerana pangkatku."

Walaupun aku sangat "jauh" dari mereka ini, aku ingin sekali mengikut jejak langkah mereka. Ikhlas dalam pekerjaan dan merendah diri "turun padang" untuk melihat orang bawahan. Ya, aku sedar bahawa masih banyak yang perlu dipelajari, banyak juga sikapku yang perlu diperbaiki. Salah satunya adalah pengurusan masa..

"Bertangguh adalah pencuri masa"

Pesanan ini aku tujukan kepada diri sendiri. Sesungguhnya aku bersikap zalim sekiranya tidak menguruskan dengan baik apa yang diamanahkan kepadaku. Amanah pelajar yang berhak mendapat yang terbaik dari yuran yang mereka bayar..
[sedang cuba mengisi mutabaah amal dan merancang dalam planner]

Sunday, December 11, 2011

Kerana Allah Suruh

Hari ini aku datang ke sekolah.Masuk ke dalam bilik aku untuk tahun depan. Konon ingin berjumpa dengan guru besar yang baru, tapi dia terlalu bizi. Jadik aku pon mengisi masa lapang dengan update Fb, hantar resume ke kerja-kerja kosong dan memacam lagi.

Entah ,mengapa, akhir-akhir ini selalu ingat mati....

Satu, aku ingin discuss sedikit tentang emak kita.Kenapa kita sayang emak??Jawapannya mungkin berbagai- bagai, kerana emak yang lahirkan sayang, berkorban untuk saya, membesarkan saya dari kecil....macam-macam lagi jawapan yang akan keluar..

Kebelakangan ini aku jadi agak kurang ajar sedikit dengan emak. Entahlah..Cakap lepas-lepas, Menjawab..pendek kata memang tidak beradab langsung dengan emak. Kemudian aku akan menyesal, taubat lepas tu bila bercakap dengan mak, aku jadi kurang sabar dan kasar balik..Aku pun berfikir-fikir, kenapa ya? Adakah aku semakin 'stress' maka secara tidak sedar aku lepaskan kepada emak yang penyabar. Adakah gula dalam darah aku 'tinggi' sehingga aku gagal mengontrol emosi? Adakah perangai emak yang kadang-kadang buat aku geram?

Aku sudah mencuba pelbagai langkah untuk merawat perangai yang tidak elok itu, banyak kali gagal. Aku malah rasa diri semakin teruk kerana aku tahu berkata "ahh" sekalipun kepada emak sudah tidak boleh, tapi..tapi....

Akhir sekali aku menyelidik, kenapa ya sayang dan hormat a emak?

1)Emak banyak berjasa kepada aku, emak menyara aku
2) Emak sangat baik...Penyabar....

Rasanya...Niat aku sayang dan ingin berbuat baik kepada emak itu kurang tepat...Kenapa? Kerana kalau aku sayang kepada emak sebab banyaknya jasa emak,ada dua keadaan berlaku:

i) aku tak akan mampu membalas segala jasa-jasa emak sampai bila-bila.
ii) aku membalas jasa-jasa emak. Then, sampai satu peringkat aku rasa aku sudah balas semua jasa-jasa emak-waktu tersebut mungkinkah aku sudah tidak menyayangi emak lagi?

Sebab yang kedua aku sayang emak adalah kerana emak sabar..baik....Itupun salah jugak.. sebab emak pun manusia biasa. Jadi, jika kita baik dan sayang emak hanya kerana emak baik...ingat, tidak selama-lamanya emak baik. Emak buat khilaf jugak..Waktu tu, kita pun tidak lagi hormat emak kita..

Jadi aku rasa (in my opinion), nak buat apapun, yang utamanya ialah niat. Kenapa kita kerja? Kerana Allah..Kenapa kita belajar?Kerana Allah. Kenapa Kita Hidup?Untuk Beribadat Kepada Allah..Kenapa Kita Perlu sayang dan Hormat Emak?Kerana Allah Suruh.....

Jadi tak kisahlah siapa ibu kita, penjahat ke, agama lain ke...lain fahaman politik atau apa-apalah.. Kita wajib hormat..KERANA...ALLAH..SURUH

Tuesday, September 13, 2011

i have to be strong


nak menjerit sekejap.

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!

Monday, July 4, 2011

Muhasabah ketika ada rasa......

Kita ini manusia diatas bumi. Semuanya mengikut takdir yang telah tertulis. Dia hanya mahu melihat usaha hambaNya. Itulah yang dinilai.

Fana...Semuanya pinjaman dan sementara. Yang mutlak hanya Dia

Thursday, June 30, 2011

what the...

sekarang rasa seperti mahu hantuk kepala pada tilam. menyesal. menyesal..menangis pun sudah tidak berguna kan? rasanya malas sudah mahu berada dalam situasi yang begini..

oh, tuhan. aku belajar satu perkara ; Roja' (istilah yang aku lupa setelah tamat exam SPM, padahal ia jawapan kepada banyak persoalan aku)

mungkin kehadirannya yang sekejap itu, sekadar mahu mengingatkan aku pada hal ini. thanks anyway.

Thursday, March 17, 2011

2012?

Banyak benda yang menimpa diri kita, hari demi hari. Argghh.. kadang-kadang kita kena fikir orang yang hadapi masalah lebih teruk daripada kita. Mangsa Tsunami di Jepun, contohnya.

Aku ada terbaca dalam satu buku bahawa Tsunami berlaku kerana eksperimen nuklear yang dilakukan di dasar laut. Betul atau tidak tak dapat dipastikan. Walaubagaimanapun, reaktor yang rosak di Jepun itu digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk Jepun bukannya untuk membuat bom.

Semasa tonton youtube tsunami di jepun,seolah-olah sedang tonton filem 2012.

Sunday, February 27, 2011

Kerana DIA sayangkan kamu...

Hoho.Tajuk entry aku lain macam bukan? Baiklah..aku ingin mengajak diriku dan kalian memahami maksud satu ayat. Ini dia..

Indeed, We have made that which is on the earth adornment for it that We may test them [as to] which of them is best in deed. (18 :7)

Aku menjadikan ayat ini desktop background aku. Masalah dan dugaan yang bertimpa-timpa membuat aku memahami mendalam sedikit maksud ayat ini (walaupun bukan sepenuhnya).hoho

Aku yakin bahawa setiap daripada kalian sedang menghadapi masalah. Kecil atau pun besar. Aku sendiri, kadang-kadang rasa putus harap. Batin aku selalu menjerit, "Oh Tuhan, Aku tak mampu menghadapi semua ini!"

Aku hanya ingin kalian agar jangan berhenti berdoa. Berdoa dan merintih kepada tuhan. Kata kakak sekerja aku yang baru bercerai ini, "Tuhan mungkin mahu dengar rintihan kita, jadi Dia beri sedikit masalah".

Ya. Sememangnya kita tiada pilihan kerana kita hamba. Mungkin jika tiada masalah, kita akan rasa semua yang kita miliki adalah milik kita selamanya. Mungkin kalau kita sentiasa dapat apa yang kita mahukan, kita akan terlupa bahawa yang paling berkuasa adalah Dia. Sebenarnya, Dia mahu mengingatkan kita akan TUGAS kita di dunia (yang sering kita terlupa). Seperti ayat diatas, Dia jadikan dunia ini sebagai pentas ujian, dan ingin melihat siapakah yang berjaya MELEPASI ujian tersebut. Dengan jayanya.

Masalahnya, dunia yang penuh warna warni dengan sesuatu yang kita sukai dan cintai membuatkan kita lupa bahawa kita didalam DEWAN PEPERIKSAAN yang besar. Oh tidak, kalau kita terlupa bahawa kita sebenarnya sedang hadapi ujian, sudah pasti kita akan menjawab sambil lewa saja kan?

Jadi...dia pun memberi sedikit masalah. Supaya kita teringat semula akan tujuan hidupan . Itupun jika kita menghadapi masalah itu dengan positif..

Dengan erti kata lain, kamu diberi masalah kerana Dia sayangkan kamu..Percayalah.Kalau kamu tidak mahu menerima kebenaran ini pun, kamu tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana yang berkuasa mutlak untuk menyelesaikan sesuatu (termasuk masalah kamu adalah DIA).

Jadi, sekarang. Tunduklah dengan rasa kehambaan kepada Dia. Mintalah kepadanya diberi kekuatan.Aku yakin dan pasti, selepas ini kamu akan merasai dan menyedari sesuatu yang bernilai.RASA KEHAMBAAN. Batin kamu pun pasti akan lega dan mengakuinya kerasa rasa kehambaan adalah fitrah dalam setiap manusia. Masalahnya, rasa itu kian hilang dari diri kita kerana pangkat dan kuasa yang kita ada.