Hoho.Tajuk entry aku lain macam bukan? Baiklah..aku ingin mengajak diriku dan kalian memahami maksud satu ayat. Ini dia..
Indeed, We have made that which is on the earth adornment for it that We may test them [as to] which of them is best in deed. (18 :7)
Aku menjadikan ayat ini desktop background aku. Masalah dan dugaan yang bertimpa-timpa membuat aku memahami mendalam sedikit maksud ayat ini (walaupun bukan sepenuhnya).hoho
Aku yakin bahawa setiap daripada kalian sedang menghadapi masalah. Kecil atau pun besar. Aku sendiri, kadang-kadang rasa putus harap. Batin aku selalu menjerit, "Oh Tuhan, Aku tak mampu menghadapi semua ini!"
Aku hanya ingin kalian agar jangan berhenti berdoa. Berdoa dan merintih kepada tuhan. Kata kakak sekerja aku yang baru bercerai ini, "Tuhan mungkin mahu dengar rintihan kita, jadi Dia beri sedikit masalah".
Ya. Sememangnya kita tiada pilihan kerana kita hamba. Mungkin jika tiada masalah, kita akan rasa semua yang kita miliki adalah milik kita selamanya. Mungkin kalau kita sentiasa dapat apa yang kita mahukan, kita akan terlupa bahawa yang paling berkuasa adalah Dia. Sebenarnya, Dia mahu mengingatkan kita akan TUGAS kita di dunia (yang sering kita terlupa). Seperti ayat diatas, Dia jadikan dunia ini sebagai pentas ujian, dan ingin melihat siapakah yang berjaya MELEPASI ujian tersebut. Dengan jayanya.
Masalahnya, dunia yang penuh warna warni dengan sesuatu yang kita sukai dan cintai membuatkan kita lupa bahawa kita didalam DEWAN PEPERIKSAAN yang besar. Oh tidak, kalau kita terlupa bahawa kita sebenarnya sedang hadapi ujian, sudah pasti kita akan menjawab sambil lewa saja kan?
Jadi...dia pun memberi sedikit masalah. Supaya kita teringat semula akan tujuan hidupan . Itupun jika kita menghadapi masalah itu dengan positif..
Dengan erti kata lain, kamu diberi masalah kerana Dia sayangkan kamu..Percayalah.Kalau kamu tidak mahu menerima kebenaran ini pun, kamu tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana yang berkuasa mutlak untuk menyelesaikan sesuatu (termasuk masalah kamu adalah DIA).
Jadi, sekarang. Tunduklah dengan rasa kehambaan kepada Dia. Mintalah kepadanya diberi kekuatan.Aku yakin dan pasti, selepas ini kamu akan merasai dan menyedari sesuatu yang bernilai.RASA KEHAMBAAN. Batin kamu pun pasti akan lega dan mengakuinya kerasa rasa kehambaan adalah fitrah dalam setiap manusia. Masalahnya, rasa itu kian hilang dari diri kita kerana pangkat dan kuasa yang kita ada.