Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Sunday, December 11, 2011

Kerana Allah Suruh

Hari ini aku datang ke sekolah.Masuk ke dalam bilik aku untuk tahun depan. Konon ingin berjumpa dengan guru besar yang baru, tapi dia terlalu bizi. Jadik aku pon mengisi masa lapang dengan update Fb, hantar resume ke kerja-kerja kosong dan memacam lagi.

Entah ,mengapa, akhir-akhir ini selalu ingat mati....

Satu, aku ingin discuss sedikit tentang emak kita.Kenapa kita sayang emak??Jawapannya mungkin berbagai- bagai, kerana emak yang lahirkan sayang, berkorban untuk saya, membesarkan saya dari kecil....macam-macam lagi jawapan yang akan keluar..

Kebelakangan ini aku jadi agak kurang ajar sedikit dengan emak. Entahlah..Cakap lepas-lepas, Menjawab..pendek kata memang tidak beradab langsung dengan emak. Kemudian aku akan menyesal, taubat lepas tu bila bercakap dengan mak, aku jadi kurang sabar dan kasar balik..Aku pun berfikir-fikir, kenapa ya? Adakah aku semakin 'stress' maka secara tidak sedar aku lepaskan kepada emak yang penyabar. Adakah gula dalam darah aku 'tinggi' sehingga aku gagal mengontrol emosi? Adakah perangai emak yang kadang-kadang buat aku geram?

Aku sudah mencuba pelbagai langkah untuk merawat perangai yang tidak elok itu, banyak kali gagal. Aku malah rasa diri semakin teruk kerana aku tahu berkata "ahh" sekalipun kepada emak sudah tidak boleh, tapi..tapi....

Akhir sekali aku menyelidik, kenapa ya sayang dan hormat a emak?

1)Emak banyak berjasa kepada aku, emak menyara aku
2) Emak sangat baik...Penyabar....

Rasanya...Niat aku sayang dan ingin berbuat baik kepada emak itu kurang tepat...Kenapa? Kerana kalau aku sayang kepada emak sebab banyaknya jasa emak,ada dua keadaan berlaku:

i) aku tak akan mampu membalas segala jasa-jasa emak sampai bila-bila.
ii) aku membalas jasa-jasa emak. Then, sampai satu peringkat aku rasa aku sudah balas semua jasa-jasa emak-waktu tersebut mungkinkah aku sudah tidak menyayangi emak lagi?

Sebab yang kedua aku sayang emak adalah kerana emak sabar..baik....Itupun salah jugak.. sebab emak pun manusia biasa. Jadi, jika kita baik dan sayang emak hanya kerana emak baik...ingat, tidak selama-lamanya emak baik. Emak buat khilaf jugak..Waktu tu, kita pun tidak lagi hormat emak kita..

Jadi aku rasa (in my opinion), nak buat apapun, yang utamanya ialah niat. Kenapa kita kerja? Kerana Allah..Kenapa kita belajar?Kerana Allah. Kenapa Kita Hidup?Untuk Beribadat Kepada Allah..Kenapa Kita Perlu sayang dan Hormat Emak?Kerana Allah Suruh.....

Jadi tak kisahlah siapa ibu kita, penjahat ke, agama lain ke...lain fahaman politik atau apa-apalah.. Kita wajib hormat..KERANA...ALLAH..SURUH

No comments: