Kedua-dua pemimpin di atas adalah pemimpin yang aku tersentuh dengan kisah mereka.Umar Abd Aziz yang sering meronda-ronda pada waktu malam untuk melihat keadaan rakyat..Khalid Al-Walid pula Panglima Perang yang tidak terkesan walaupun diturunkan pangkat dalam satu peperangan. Tidak merajuk, murung, sedih atau marah dengan penurunan jawatan itu. Malahan terus berjuang walaupun sebagai orang bawahan. Katanya, "aku berperang kerana Allah, bukan kerana pangkatku."
Walaupun aku sangat "jauh" dari mereka ini, aku ingin sekali mengikut jejak langkah mereka. Ikhlas dalam pekerjaan dan merendah diri "turun padang" untuk melihat orang bawahan. Ya, aku sedar bahawa masih banyak yang perlu dipelajari, banyak juga sikapku yang perlu diperbaiki. Salah satunya adalah pengurusan masa..
"Bertangguh adalah pencuri masa"
Pesanan ini aku tujukan kepada diri sendiri. Sesungguhnya aku bersikap zalim sekiranya tidak menguruskan dengan baik apa yang diamanahkan kepadaku. Amanah pelajar yang berhak mendapat yang terbaik dari yuran yang mereka bayar..

No comments:
Post a Comment