Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Monday, December 10, 2012

cuti sekolah hampir tamat

sekarang cuti sekolah. kerja aku mula-mula cuti, tengok cerita korea yang berpuluh-puluh episod. Then, jadi ketagih. nak tengok lagi, lagi dan lagi...

sudah hampir tamat cuti. aku masih tak sedar-sedar lagi . aku jadi takut. kamu tahu, penyesalan macam mana yang akan menimpa kita di akhirat nanti bila kita tak buat kerja dengan  baik-baik didunia ini? lebih kurang beginilah dialog kita nanti,

" rasanya aku tinggal kat dunia sekejap saja, 10 hari"

dan yang lain akan berkata,

"bukan 10 hari, hanya beberapa hari sahaja"

oh..sekarang pon aku sudah berkata-kata begitu bila cuti hampir habis. nanti-nanti (di akhirat) aku tak mahu berfikir dan berkata begini..jadi sekarang kena isi cuti dengan perkara bermanfaat.

ini doa yang baik, aku ambil dari buku dr MAZA

"ya Tuhanku, jangan kau biarkan aku kepada diriku sendiri dalam kadar masa walau kurang dari satu saat. Bimbinglah aku"
(lebih kurang beginilah ayatnya)

Tuesday, November 20, 2012

nikmat tuhan

dua nikmat yang sering manusia lupakan ialah masa lapang dan kesihatan

Thursday, June 14, 2012

naluri hari jadi

aku sudah hantar surat resign tadi. aku sebenarnya takut. betul atau tidak keputusan ini. aku hanya ikut naluri. aku sudah tak sanggup di sini samaada dari segi emosi atau fizikalnya.

aku takut silap buat keputusan.ada satu ayat al-qur'an. katanya

"boleh jadi kami menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu."

aku takut ayat ini terkena atas kepala aku sendiri

tapi aku ingin bina hidup baru, semangat baru....di tempat lain. sudah tidak boleh disini.

aku harap keputusan ini betul.

betul.betul.betul

ameen



Sunday, April 8, 2012

PUISI UNTUK AKU

Masa berlalu

Detik demi detik

dosa bertampuk

hati membusuk

Sombong semakin sombong

Malas semakin malas

Benci semakin benci

Semakin takut melihat ke dalam diri.

Semakin ego mahu mengakui

Bahawa aku bersalah

Aku kian lemah

Mereka tak akan menegur pun

kerana kau angkuh

Kerap pula melatah dan terus menyembur

Engkau pun menjadi manusia “sempurna”

Hati kian kematu

Semakin dungu

Iman semakin keliru

ini merah atau biru?

kau terjunam

Jatuh…dalam….kelam

Oh.siapa pun tiada untuk membantu!

Monday, April 2, 2012

mmmm....

kelmarin aku bercuti, bukan apa....otak aku jam sikit.

beginilah, aku ingin mencabar diri sendiri. aku ingin memberi masa sehingga bulan Mei. sekiranya aku masih gagal melakukan semua ini, maka dengan rela hati aku akan meletakkan jawatan sebagai pemangku PK dan jadi guru biasa saja tau mungkin letak jawatan terus. haha

aku sudah jumpa formulanya. KEPERIBADIAN MUSLIM

kesian eh sekian terima kasih

Thursday, January 12, 2012

aku ingin berniaga

Berniaga adalah salah satu sunnah. Nabi berniaga. Rahman bin auf berniaga. Abu Bakar dan Umar al-Khattab? Berniaga juga ke?

Berniaga sangat digalakkan dalam Islam. 9/10 daripada sumber rezeki adalah daripada perniagaan. Kelmarin aku dapat lagi sedikit info kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga dan apa beza berniaga dengan kerja makan gaji.

Aku seorang guru. Gaji aku seribu lebih sebulan. Aku tak risau kerana gaji aku tetap dan tidak pula mengharapkan ia lebih kerana sememangnya ia tetap. Aku sudah tahu bakinya berapa setelah ditolak itu ini hingga hujung bulan. Ini pemikiran orang yang kerja makan gaji. Kerjalah macam mana pun,lebih atau kurang gaji tetap sama.

Berlainan dengan orang berniaga, dia tidak tahu pendapatannya untuk hari ini, esok dan hari –hari yang seterusnya. Dalam hatinya sentiasa berharap dan berdoa semoga dibuka hati pelanggan unuk datang dan membeli barangannya. Dia juga sentiasa berusaha, mempelbagaikan cara, mengkreatifkan diri untuk menambahbaik perniagaannya. Seorang peniaga juga harus bersikap ramah tamah untuk memikat hati pelanggan. Pendek kata orang yang berniaga ini proaktif.

Dalam erti kata lain, peniaga yang betul pemikirannya meletakkan seluruh pergantungan kepada Allah taala dalam rezekinya,bijak bergaul (aspek penting dalam dakwah) juga berfikir……………….

“man jada wa jada”

(siapa yang berusaha dia akan dapat)

Monday, January 9, 2012

status

I am sleeping,
crying,
sinking..

Sunday, January 8, 2012

TERIMA KASIH TUHAN

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada tuhan kerana memberi aku jawatan ini. Bukan kerana aku suka pangkat. Bukan. Kerana aku baru faham situasi bila kita berada ‘diatas’. Jika kita hanya di bawah sahaja, maka kita sering menuding jari ke atas jika ada apa-apa masalah.

Kedua, terima kasih aku kerana masalah yang diberi oleh tuhan sewaktu aku di ‘kerusi’ ini membuatkan aku bertanya, “kenapa tak menjadi?” “apa salah aku?”, “dimana silapnya?”. Dalam erti kata lain, ‘kesakitan, ingin tahu dan kesedihan’ yang aku rasa membuatkan aku banyak memunasabah diri dan melihat manusia dari kanta yang berbeza.

Terima kasih tuhan. Semoga aku diberi kekuatan untuk menilai diri. Aku sedar bahawa banyak juga salah silap aku. Tidak boleh hanya melihat salah orang lain sahaja (ya, mereka juga salah kadang-kadang). Aku perlu berusaha dulu bukan? Turunkan sekejap ego (tunjuk pandai) itu dan bertanyalah kepada orang –orang yang lebih berpengalaman.