Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Thursday, January 12, 2012

aku ingin berniaga

Berniaga adalah salah satu sunnah. Nabi berniaga. Rahman bin auf berniaga. Abu Bakar dan Umar al-Khattab? Berniaga juga ke?

Berniaga sangat digalakkan dalam Islam. 9/10 daripada sumber rezeki adalah daripada perniagaan. Kelmarin aku dapat lagi sedikit info kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga dan apa beza berniaga dengan kerja makan gaji.

Aku seorang guru. Gaji aku seribu lebih sebulan. Aku tak risau kerana gaji aku tetap dan tidak pula mengharapkan ia lebih kerana sememangnya ia tetap. Aku sudah tahu bakinya berapa setelah ditolak itu ini hingga hujung bulan. Ini pemikiran orang yang kerja makan gaji. Kerjalah macam mana pun,lebih atau kurang gaji tetap sama.

Berlainan dengan orang berniaga, dia tidak tahu pendapatannya untuk hari ini, esok dan hari –hari yang seterusnya. Dalam hatinya sentiasa berharap dan berdoa semoga dibuka hati pelanggan unuk datang dan membeli barangannya. Dia juga sentiasa berusaha, mempelbagaikan cara, mengkreatifkan diri untuk menambahbaik perniagaannya. Seorang peniaga juga harus bersikap ramah tamah untuk memikat hati pelanggan. Pendek kata orang yang berniaga ini proaktif.

Dalam erti kata lain, peniaga yang betul pemikirannya meletakkan seluruh pergantungan kepada Allah taala dalam rezekinya,bijak bergaul (aspek penting dalam dakwah) juga berfikir……………….

“man jada wa jada”

(siapa yang berusaha dia akan dapat)

Monday, January 9, 2012

status

I am sleeping,
crying,
sinking..

Sunday, January 8, 2012

TERIMA KASIH TUHAN

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada tuhan kerana memberi aku jawatan ini. Bukan kerana aku suka pangkat. Bukan. Kerana aku baru faham situasi bila kita berada ‘diatas’. Jika kita hanya di bawah sahaja, maka kita sering menuding jari ke atas jika ada apa-apa masalah.

Kedua, terima kasih aku kerana masalah yang diberi oleh tuhan sewaktu aku di ‘kerusi’ ini membuatkan aku bertanya, “kenapa tak menjadi?” “apa salah aku?”, “dimana silapnya?”. Dalam erti kata lain, ‘kesakitan, ingin tahu dan kesedihan’ yang aku rasa membuatkan aku banyak memunasabah diri dan melihat manusia dari kanta yang berbeza.

Terima kasih tuhan. Semoga aku diberi kekuatan untuk menilai diri. Aku sedar bahawa banyak juga salah silap aku. Tidak boleh hanya melihat salah orang lain sahaja (ya, mereka juga salah kadang-kadang). Aku perlu berusaha dulu bukan? Turunkan sekejap ego (tunjuk pandai) itu dan bertanyalah kepada orang –orang yang lebih berpengalaman.