Berniaga adalah salah satu sunnah. Nabi berniaga. Rahman bin auf berniaga. Abu Bakar dan Umar al-Khattab? Berniaga juga ke?
Berniaga sangat digalakkan dalam Islam. 9/10 daripada sumber rezeki adalah daripada perniagaan. Kelmarin aku dapat lagi sedikit info kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga dan apa beza berniaga dengan kerja makan gaji.
Aku seorang guru. Gaji aku seribu lebih sebulan. Aku tak risau kerana gaji aku tetap dan tidak pula mengharapkan ia lebih kerana sememangnya ia tetap. Aku sudah tahu bakinya berapa setelah ditolak itu ini hingga hujung bulan. Ini pemikiran orang yang kerja makan gaji. Kerjalah macam mana pun,lebih atau kurang gaji tetap sama.
Berlainan dengan orang berniaga, dia tidak tahu pendapatannya untuk hari ini, esok dan hari –hari yang seterusnya. Dalam hatinya sentiasa berharap dan berdoa semoga dibuka hati pelanggan unuk datang dan membeli barangannya. Dia juga sentiasa berusaha, mempelbagaikan cara, mengkreatifkan diri untuk menambahbaik perniagaannya. Seorang peniaga juga harus bersikap ramah tamah untuk memikat hati pelanggan. Pendek kata orang yang berniaga ini proaktif.
Dalam erti kata lain, peniaga yang betul pemikirannya meletakkan seluruh pergantungan kepada Allah taala dalam rezekinya,bijak bergaul (aspek penting dalam dakwah) juga berfikir……………….
“man jada wa jada”
(siapa yang berusaha dia akan dapat)
1 comment:
Jika awak berminat untuk berniaga, sila hubungi saya di emel : ilyassbr@gmail.com
Post a Comment