Detik ini Allah sedang mengajarku :
erti sabar
erti cuba mempercaya
bersangka baik kepada tuhan dan manusia
erti tawakkal
percaya kepada Dia setelah berusaha sehabis daya
percaya kepada takdir
sudah tertulis sebelum kita hadir
erti berdoa
bahawa natijah hak dia
kita berusaha diberi pahala
erti mencari tenang
bukannya terletak pada insan
erti semua yang wujud milik Dia belaka
kita meminjam-pinjam sahaja
ini ubat kepada dunia yang sekejap
aku sedar sekarang
senangnya mulut pernah menasihat
belum pasti dapat kubuat
ya Robb yang sangat mengasihi hambaNya
dunia sedang cuba menipuku
buat aku keliru
ya Latiff-Maha Lembut
bantu aku yang berhati takut
Wahai yang Maha Kuat
Bantu aku yang hilang kudrat
No comments:
Post a Comment