Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Monday, October 21, 2013

RnR

salam

rukun iman yang terakhir percaya kepada qada'dan qadar
rasanya aku masih belum faham ini
maka hidup jadi bertaburan
padahal apalah sangat dunia ini bukan?

inilah susahnya jadi ketua atau pemimpin
kadang-kadang terasa semuanya dalam genggaman kita
semuanya di bawah kuasa kita
jadi bila tidak menjadi satu-satu kerja
seperti apa yang kita harapkan
kita jadi bagai nak gila
ketika sesuatu itu di luar batasan ilmu manusia
kita nyaris tidak dapat menerimanya
seolah-olah kita lupa
kuasa mutlak hanya di tangan Dia

dunia ini kan penjara bagi si mukmin
dan syurga bagi orang kafir
belajarlah membentur nafsu yang bermaharajalela
disini bukan tempatnya menuai hasil
juga bukan tempatnya hati tenang-tenang tanpa goncangan

disini
di dunia ini
tempat ujian maha dahsyat
menyaring hamba yang luhur hati dan menolak fasik ketepi

beruntunglah
beruntungnya hambaMu yang sedemikian wahai Tuhan
ingin menjadi seperti mereka
teringin sangat duduk bersama mereka

iron lady

iron lady=heartless lady

kematu rasa
untuk melindungi perasaan
supaya tak retak
kerana terlalu kerap jatuh
terhempas
dihempas

sabar
disini bukan tempatnya pembalasan sempurna
cuma setitis air di jari berbanding lautan
sebutir bumi dalam jutaan galaksi

setiap yang berlaku
untuk memberi peluang pahala
dan menyuci dari kotor dosa

bersedia
mengetuk pintu satu lagi
keluar dari penjara dunia

bersedia
seperti mereka-mereka
yang dahsyatnya melawan petaka dunia
dan nafsu yang menyorok dalam diri

bekerja..bekerja..
setiap apa yang kau pegang jadi amal
nafsu mutma'en
kala kau dapat mengendarainya



Sunday, October 20, 2013

hati seputih-putih melati

berjalan menengadah ke langit
menahan air mata agar tidak keluar..

menulis adalah kecintaanku
keluarlah semua sengsara dari mata pena
mengalirlah semua idea dan rasa
yang membengkak di dada
tinggalkan yang putih-putih melati saja didalam hati
kerana aku mahu jadi penghuni syurga
yang mesti suci hatinya
tersusun urusannya
lahir dari menulis
merancang
menjadi lebih baik dari sekarang




Monday, September 23, 2013

slave and servant

rasanya aku sudah faham
apa maksud Islam membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia

aku berfikir dan berfikir (belum sempat cari input berkenaan hal ini)
bahawa perhambaan itu bukan dari sudut fizikal semata-mata (slave)
namun juga dari sudut fikiran kita

islam menyuruh kita berbuat sesuatu ikhlas kerana Allah
bukannya kerana manusia
bukannya untuk menarik perhatian manusia
namun kerana Allah semata

jadi walaupun kerja kita "tidak kelihatan" hasilnya
namun rupanya kita sedang cambahkan ia nun didalam tanah
menunggu hasil sahaja

biarlah apa orang nak kata
kita hanya fikir apa Allah kata

inilah kemerdekaan sebenarnya

dan ya
bebas dari hawa nafsu juga (bukan bebas tapi nafsu di handle sewajarnya)

Thursday, September 12, 2013

angin


 angin nyaman dan angin taufan.
agaknya yang mana satu buatkan monyet diatas dahan jatuh?

jika angin taufan
adakah monyet akan memegang kuat2 dahan?
atau letih menentang badai lalu jatuh?

jika angin sepoi2 nyaman
 adakah monyet itu tertidur lalu jatuh?
atau ia dapat mengambil lebih banyak buah pada dahan tersebut?

jika mereka tanya aku kenapa begini dan begini
 aku akan jawab, aku bukan lari!bukan berhenti berjuang!
 sekadar berhenti mengasah pedang agar lebih tajam



Wednesday, September 11, 2013

minda luar sedar

sebenarnya hidup ini bukan lurus betul
ada minda sedar yang kita boleh kawal
ada juga minda luar sedar yang berkerja dalam diam dan halus

banyak betul yang masih perlu dipelajari
impian yang ingin dicapai
dan aku yakin aku boleh melakukannya
percayalah.aku boleh melakukannya

jika sebelum ini aku dapat tahu bahawa tenaga itu terhad
namun sekarang aku tahu bahawa al-qur'an itu memberi semangat
jika kita berkomunikasi dengannya

sebenarnya apa yang ingin dicapai itu boleh
kerana kita ada Allah yang maha Mendengar

aku dulu kan pernah menjadi juara
dengan jutaan saingan
Allah melihat aku boleh-maka diciptaNya aku menjadi manusia

alhamdulillah
Allahuakbar

cuma getaran positif perlu ada setiap saat

Thursday, June 27, 2013

berehat sebentar



Letih betul hidup di dunia ini. Tapi nak mati pun tak bersedia lagi. Sebab amal pun tak banyak

Rasa macam nak berehat sebentar. Bukan daripada kerja..tapi pelbagai rasa yang melilit hati

Macam mana orang lain menghadapinya??? Atau aku yang terlalu lemah???

Friday, February 22, 2013

beban oh beban

sekarang ni aku disekolah .semua orang dah balik. hari ni kerja sekerat hari saja sebab sabtu.
ehm.  baru-baru ini, aku dengar dari IKIM. pengisian yang sangat menarik. mengenai mukalaf. bahawa setiap mukalaf akan dibebankan dengan sesuatu. dan kita mesti melakukan sesempurna mungkin. semaksimum baik dengan apa yang kita bebankan.

oh. kena balik sekarang. mahu pergi landmark untuk beli buku baru.


Tuesday, February 12, 2013

mari berehat DI SANA...

kelmarin test, hari ini ujian, esok imtihan. memanglah hidup ini penuh dengan ujian-ujian. jika kita bermimpi bahwa hidup ini sekadar untuk berenak-enak tanpa sebarang jerih perih maka kita telah silap. bukan itu tujuan hidup kita..

Entah kata-kata dari siapa,PENCEN KITA DI ALAM KUBUR .ha..tu dia..tapi siapalah yang sudah bersedia untuk mati? menyebut perkataan itu saja sudah takut. kita memang lupa kata-kata Allah,

"sesungguhnya tiap jiwa yang hidup pasti akan merasai mati"

jadi kesimpulannya Hidayah. Ujian memang tidak akan habis, selagi jantung berdenyut, darah mengalir, maka ujian akan datang bertimpa-timpa. datang lagi datang lagi. baru sahaja kita hendak menarik nafas lega...

maka jika sudah letih dengan dunia. cuba ingat mati. cuba buat persiapan agar kita dapat berehat di alam kubur. jangan nanti di dunia kita bersilat dengan masalah, di akhirat pula kita bersilat dengan mungkar nakir, ular berbisa serta air cond dari neraka.


ini rumah terakhir kita. semoga kita dapat jadikannya selesa dan tempat berehat sementara menunggu hari kiamat.

Friday, February 8, 2013

test

aku tengah menangis gila-gila ni. sedih betul. harap-harap mata aku tak merah sangat sebab nanti nak pi kenduri. aku sedih sebab satu perkataan dengan seorang hamba Allah ni kata kat aku.

entahlah. apa pun hari ini aku belajar beberapa benda.

1) hidup ini ujian. jika tak ada ujian, itu bukan hidup. kerana aku hidupan, aku tidak dapat lari dari ujian.

2)jika kita letak Allah yang maha Besar itu di hati, maka sebarang kata-kata dari manusia itu kita pandang remeh sahaja. tapi jika kita letak manusia itu di hati maka sebarang kata-kata mereka itu beri impak yang sangat besar kepada kita.

wallahu'alam. semoga Allah beri aku kefahaman supaya aku terima semua yang timpa diri aku dengan Redha.