kawan aku si maryam jameela pernah menghantar satu mesej, katanya
"jika kita punya segalanya namun TAK ADA MATLAMAT, kita sebenarnya TAK PUNYA APA-APA."
aku baru tersentuh sekarang dengan mesej itu. dulu tak der rasa apa-apa pun. disambung lagi dengan satu mesej ringkas
" matlamat manusia adalah akhirat"
ya. matlamat kita adalah akhirat. so, sekarang nak buat apa-apa pun, kena fikir sampai akhirat kesan perbuatan tersebut(walaupun aku sering terlupa). dulu (dan sekarang pun) hidup aku jadi sedih-sedih jer bila terfikir mati. tapi sekarang aku terfikir juga bahawa mati adalah satu 'pintu' untuk dunia kekal yang satu lagi.
aku pun sekarang sedang mencari matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk hidup aku yang belum tahu noktahnya bila ini. juga sedang mencari idea dan menguatkan diri untuk mengamalkan ilmu yang aku ada dan memberi manfaat kepada manusia lain. semoga diberi kekuatan...
blog ni namanya HAMBA + KHALIFAH... It reminds me to improve myself in knowledge, 'amal in order to do my task as an 'abd (servant) and His khalifah(leader) in this chaotic world. We will fail to complete this task if we have no inner energy. So, in this blog inshaAllah i will do daily muhasabah to be a better abd' and khalifah.
Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Saturday, November 7, 2009
Friday, May 1, 2009
Tentukan hala tuju
aku ingin jadi matang, kata aku. aku sudah berumur 24 tahun. sudah layaknya aku berfikir seperti orang dewasa. pandai bergaul.tidak boleh lagi malu tidak bertempat. yang paling penting, aku perlu menentukan hala tuju aku mulai sekarang. apa aku nak jadi nanti. dan salah satu ayat yang sering buat aku tersentak "adakah kamu fikir Allah jadikan kamu untuk bermain-main sahaja?" er..mungkin bukan ayat yang tepat. tapi lebih kurang itulah.
Subscribe to:
Posts (Atom)