Hidup ini bukan sekadar suka-suki, tap bertujuan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Sunday, December 19, 2010

REFLEKSI DIRI

Sesetengah orang melakukan sesuatu kerana kepentingan peribadi. I mean, jika sesuatu itu tidak memberi apa-apa kepada mereka, maka mereka tidak akan memikirkannya.

Walaubagaimanapun, masih ada golongan yang ikhlas membantu tanpa mengharapkan sesuatu disebalik itu.Mereka tidak mengharapkan mereka akan dibantu lain kali atau mengharapkan nama mereka akan naik disebalik pertolongan mereka itu. Mereka malah sanggup berkorban untuk orang lain tanpa mengharapkan apa-apa walaupun secebis pujian. Mereka sanggup bersusah demi orang orang lain dan mengenepikan kepentingan peribadi.

Aku pun tidak tahu aku pada level mana. Rasa macam teruk juga kot..Tapi, nilai-nilai ini boleh dipupuk. Aku rasa kita ini kena latih diri kita untuk ikhlaskan niat dan mementingkan orang lain lebih daripada diri sendiri. Baguslah kalau rasa diri ini teruk..Kalau rasa diri kita baik, itu BAHAYA..

Secara fitrahnya, manusia itu dilahirkan baik . Tapi sedikit demi sedikit dunia telah mengubahnya. Kesusahan kadang-kadang mengajarnya untuk mementingkan diri sendiri. Maka, fitrah yang suci murni itupun menjadi kelabu.

No comments: